SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. (Siri 3)
Tak Cuba Tak Tahu - Sekali Cuba Tahu Semua
Sekitar 2017, saya ke Singapura berjumpa beberapa pemain analisa data raya & A.I. Masing2 mempunyai kepakaran & fokus masing2. Ada yang besar & lama. Ada yang baru & kecil.
Saya & Nazri sebagai co-founder ingin mencari niche @ ciri utama syarikat kami. Analisa data raya & A.I. bukan sekadar infografik @ digitalisasi @ pun teknologi robotik. Ia kena pandai & bijaksana. Kalau boleh sama pandai atau lebih pandai dari manusia.
Setelah perjalanan & pemantauan hampir 2 tahun sejak tahun 2015, kami ingin jadikan syarikat kami Expert Analytic Centre Sdn Bhd & juga MyFinB Sdn Bhd sebagai syarikat analitik & A.I. yang berbentuk predictive & prescriptive. Bahasa mudahnya predictive & prrscriptive analytics.
Mungkin banyak syarikat & teknologi bijak fokus kepada analisa bagi mengenal pasti & memahami sesuatu trend @ problem @ fenemona. Contoh; kenapa pelajar di kalangan komuniiti tertentu mudah drop out dari sekolah, kenapa Malaysia masih bergantung kepada pekeja asing, kenapa pelajar universiti @ fakulti tertentu susah dapat pekerjaan, kenapa skim subsidi gagal. Titik2 kecederaan dalam masyarakat banyak sekali. Data pun sarat & padat. Sebahagian syarikat & teknologi analitik hanya fokus kepada klasifikasi data & memberi makna kepada data yang relevan. Ini adalah tahap analitik pertama.
Saya & Nazri ingin lebih dari itu. Kami nak cipta teknologi yang membuat ramalan apa yang akan berlaku atau tidak akan berlaku berdasarkan data & juga rekomendasi strategi mengatasinya. Kalau dah tahu punya kenapa pelajar drop out atau pelajar tak ada daya kebolehpasaran, mesti ada tindakan selanjutnya berdasarkan berjuta2 data di Malaysia & seluruh dunia. Nanti kita sambung.
Di tahun 2017, saya membuat analisa kepada sebuah kertas kerja saya tentang emas & piawaian emas antarabangsa di seminar World Bank & AAOIFI di Bahrain. Dalam masa kurang dari 2 miniit, smart mesin telah membuat analisa lengkap tentang kertas saya & personaliti saya (seperti dalam foto). Ini baru satu kertas. Bayangkan kalau kita letakkan beratus @ beribu malah berjuta data & ucapan serta laporan. Amazing.
Data can't lie.
MDB